Salah satu produk daripada Yahoo! yang masih popular dikalangan pengguna adalah Yahoo! Messenger, dan hari ini, pihak pembangunnya telah pun memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Messenger mereka, iaitu Yahoo! Messenger 11.5.0.152 yang membawakan beberapa perkara baru padanya, termasuk salah satunya adalah sokongan tab pada tetingkap sembang.
Melalui sokongan tab, ia membolehkan anda menguruskan semua tetingkap sembang pada hanya satu tetingkap dengan mudah, dan tidak memenuhkan desktop anda dengan hanya tetingkap Yahoo! Messenger sahaja. Selain daripada itu, beberapa perkara baru yang lain turut ditambah, termasuk sokongan SPAM yang dipertingkatkan, kebolehan akses pantas kepada semua emoticon, dan sokongan permainan sosial yang baru padanya.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Yahoo! Messenger hari ini, dan mula menggunakan fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.