Cari @ Amanz

Bagi mereka yang mengikuti kemaskini di Facebook rasmi kami, mungkin anda perasan akan kemaskini berkaitan dengan Lan Party terbesar dunia, yang diadakan di Sweden, turut memperlihatkan penajaan daripada pihak Cisco, menyediakan modem dengan sokongan pada kelajuan 120Gbps. Dan kini, acara tersebut secara rasminya telah dinobatkan sebagai acara LAN terbesar dunia.

Ia juga turut tersenarai pada Guinness Book of Records sebagai acara LAN terbesar di dunia. Melalui acara tersebut, pelbagai perkara menarik telah dilakukan dengan menggunakan sokongan rangkaian LAN, yang mana lebih memfokuskan kepada permainan seperti StarCraft 2, Counter-Strike dan banyak lagi.

Ia dilaporkan lebih daripada 12,000 orang telah menghadiri acara tersebut. Bagi mereka yang berminat untuk melihat gambar disekitar acara tersebut, boleh melihatnya melalui halaman Flickr rasmi milik DreamHack.

Jadi, bilakah acara seumpamanya akan diadakan di Malaysia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd