Cari @ Amanz

iPhone 4S Daripada Maxis Dalam Tempoh 2 Minggu Lagi?

Oleh Aman

Link Copied!

Sehingga kini, ramai pengguna dan peminat Apple tempatan menantikan pelancaran iPhone 4S di Malaysia, dan seperti semua sedia maklum, MalaysianWireless menjadi yang pertama melaporkan iPhone 4S akan tiba di Malaysia pada 16 Disember kelak. Kini, beberapa informasi baru diterima kami, mengatakan iPhone 4S akan dibawakan oleh Maxis dalam tempoh dan tarikh yang sama.


iPhone 4S Dan Samsung Galaxy Note

Melalui apa yang kami dengarkan, ia diperkatakan Maxis telah pun mengadakan sebuah mesyuarat khas berkenaan dengan iPhone 4S bersama-sama staf mereka. Dimana ia disasarkan untuk pelancaran media pada 15 Disember, dan akan dilancarkan kepada umum pada 16 Disember kelak. Perancangan untuknya dijangka akan dimulakan pada 14 Disember kelak menurut salah seorang, namun kami percaya ia mungkin merupakan salah satu persediaan untuk minggu tersebut kelak.

Lokasi pelancaran yang dijangka akan adalah di MidValley (The Gardens?), dan diperkatakan sejumlah pengguna bertuah pertama akan mendapatkannya pada harga istimewa ataupun dengan aksesori tambahan.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi pada peringkat ura-ura, dan kami tidak dapat memastikan kesahihan mengenainya sepenuhnya. Pelancaran iPhone 4S di Malaysia masih lagi bergantung pada Apple, namun kini dengan lebih ramai mengatakannya pada 16 Disember, mungkin ia adalah benar. Sama-sama kita nantikan lebih lanjut mengenai iPhone 4S di Malaysia kelak.


Komen ()