Carian
Bahagian Notifikasi Pada Facebook Memperlihatkan Perubahan
December 1, 2011 Aman

Facebook sering melakukan perubahan, dan sejak daripada semalam, ramai pengguna melaporkan perubahan pada bahagian notifikasi di Facebook, dimana kini ia memperlihakan notifikasi pada bahagian kiri laman, berbeza dengan sebelum ini yang mana notifikasi diperlihatkan pada bahagian tengah, dibawah kotak carian laman tersebut.

Selain daripada itu, tiada sebarang perubahan drastik yang kelihatan pada Facebook buat masa ini. Perubahan rekabentuk pada bahagian notifikasi Facebook ini juga masih lagi tidak diperkenalkan kepada semua, dan hanya diperkenalkan pada segelintir pengguna sahaja.

Mungkin sekiranya perkara ini mendapat maklumbalas positif daripada para pengguna, Facebook mungkin akan memperkenalkannya kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Terima kasih FaizFizy

Komen