Nisa Menyertai Amanz Network Sebagai Wartawan Pelatih

Nisa Menyertai Amanz Network Sebagai Wartawan Pelatih

Diterbitkan pada Dis 1, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang sering ditanya oleh kami adalah mengapa kami tiada sebarang penulis atau pengulas wanita di Amanz Network. Malah, melalui episod percubaan kami untuk #AmanzTV, kami menerima permintaan untuk mempunyai hos wanita. Kini, masalah tersebut telah pun diatasi, sekaligus Amanz Network milik anda semua kini mempunyai pelatih (intern) pertama iaitu adik Khairunnisa’.

Di Amanz Network, Khairunnisa’ ataupun yang lebih dikenali sebagai Nisa akan memfokuskan pada kewartawanan, dan akan melakukan temuramah dan sebagainya. Sebagai sedikit latar belakang, Nisa baru sahaja menghabiskan pembelajaran di Universiti Industri Selangor , dan merupakan lepasaran Diploma Komunikasi dan Media. Selain daripada beberapa kewartawanan asas, Nisa juga akan ditugaskan untuk membangunkan salah satu projek dibawah Amanz dinamakan sebagai “Sinaran” buat masa ini. Bagi kenali Nisa dengan lebih dekat, mungkin anda boleh rujuk kepada tulisan beliau di blog atau Twitter di @nisa_kay.

Dan selain daripada penyertaan Nisa, kami juga mengalu-alu akan penyertaan lepasan diploma dan juga ijazah untuk menyertai kami di Amanz Network. Mengapa perlu sertai kami? Mungkin berikut merupakan beberapa sebab untuk sertai kami:

  • Media baru terkemuka negara. Kami merupakan salah satu media baru yang dikenali pelbagai jenama terkemuka negara. Sehingga kini kami telah menjadi media rasmi untuk beberapa acara IT dinegara, dan semestinya tahun 2012 akan menjadi tahun yang lebih menarik untuk Amanz Network dan komuniti IT tempatan.
  • Anda merupakan bos anda. Di Amanz Network, anda akan mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melakukan mengikut idea dan kreativiti anda sendiri. Walaupun mempunyai bos besar seperti @tekong dan yang lain, ketua sebenar anda adalah komuniti, dan bukannya kami.
  • Kebebasan Bekerja Sepenuhnya Walaupun di Amanz Network kami beroperasi 24 jam sehari (Ya, kami turut kemaskini dengan artikel dan berita semasa ketika Hari Raya dan cuti umum), anda mempunyai kebebasan bekerja sepenuhnya, dan tidak tertakluk kepada waktu kerja. Tetapi seperti semua organisasi, anda masih perlu selesaikan sesuatu kerja dalam tempoh masa tertentu).
  • Dibayar. Mungkin tidak perlu penerangan untuk ini.
  • …dan banyak lagi Kami akan kemaskini dengan artikel khas berkenaan dengan pengambilan pelatih di Amanz Network. Hantarkan emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut.

TIPS & ULASAN