Maxis : iPhone 4S Di Malaysia Pada 16 Disember

Maxis : iPhone 4S Di Malaysia Pada 16 Disember

Diterbitkan pada Dis 1, 2011 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, hari ini, Maxis sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka akan melancarkan iPhone 4S di Malaysia pada 16 Disember ini. Pada masa yang sama, mereka telah pun memulakan pendaftaran minat untuk peranti tersebut, membolehkan mereka yang berminat mendaftarkan diri untuk mendapatkannya.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Buat masa ini, masih tiada sebarang berita daripada pihak Celcom dan DiGi berkenaan dengan ini, dan mungkin mereka akan memulakan pendaftaran minat dalam masa beberapa hari lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan iPhone 4S daripada Maxis, anda boleh mendaftarkan minat pada halaman rasmi Maxis hari ini.


TIPS & ULASAN