Selain daripada pengesahan pihak Maxis, kini Celcom turut sama membuat pengesahan mengenai pelancaran iPhone 4S daripada mereka pada 16 Disember kelak. Celcom turut mengatakan yang mana para pengguna boleh menjadi antara yang terawal mendapatkannya daripada Celcom pada hari tersebut kelak.
Buat masa ini, harga jualan dan pakej yang bakal ditawarkan masih lagi tidak diketahui, namun tawaran daripada pihak Maxis dan juga Celcom mungkin tidak berbeza banyak, dan pelan dan pakej yang ditawarkan akan mempengaruhinya serba sebanyak.
DiGi yang mana merupakan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang turut menawarkan iPhone sebelum ini, masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini buat masa ini, dan mungkin akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.
Tips awal daripada Ahmad Fuad.