DiGi Turut Sama Mengeluarkan Mesej Akan Datang Untuk iPhone 4S

DiGi Turut Sama Mengeluarkan Mesej Akan Datang Untuk iPhone 4S

Diterbitkan pada Dis 2, 2011 oleh .

Nampaknya, DiGi turut sama tidak ketinggalan dalam mempromosikan iPhone 4S, dimana mereka telah pun mengeluarkan promosi untuk iPhone 4S, dengan memperlihatkan mesej akan datang pada laman utama mereka. Walaubagaimanapun, tarikh jualan oleh DiGi masih lagi tidak diumumkan, walaupun ianya disasarkan akan dilancarkan pada tarikh serupa iaitu 16 Disember.

iPhone 4S merupakan kemaskini terbaru bagi telefon pintar daripada Apple, dimana membawakan rekabentuk yang sama seperti iPhone 4 dengan beberapa perubahan minimal, serta menambah kuasa cip pemprosesan dan juga kamera, selain turut didatangkan dengan beberapa penambahan baru, termasuk salah satunya adalah sokongan bantuan pintar, Siri.

Buat masa ini, ketiga-tiga syarikat telekomunikasi masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan harga jualannya dan pakej dan pelan yang bakal ditawarkan mereka. Walaubagaimanapun, sama seperti tahun-tahun lepas, mungkin perbezaannya tidak begitu jauh antara satu sama lain.

Terima kasih Farid.


TIPS & ULASAN