Cari @ Amanz

Perang pelayar web berterusan, dimana melalui statistik terkini yang dikeluarkan, ia memperlihatkan Google Chrome kini menjadi pelayar web popular kedua di dunia, sekaligus melangkaui kedudukan yang dipegang oleh Mozilla Firefox selama ini. Dengan ini, ia meletakkan Google Chrome hanya dibelakang Internet Explorer, yang mana semakin lama semakin menurun popularatinya.

Melalui apa yang dilihat, ia menunjukkan Google Chrome kini memegang 25.7% pasaran dunia, manakala Mozilla Firefox hanya ketinggalan sedikit dibelakang, pada 25.2% sahaja. Internet Explorer milik Microsoft pula hanya memegang 40.63% untuk pasaran global, namun seperti Firefox, Internet Explorer juga mengalami penurunan dari hari ke hari, tetapi Internet Explorer memperlihatkan peningkatan dari tempoh Oktober ke November.

Jikalau dilihat di Malaysia, pelayar web paling popular dikalangan pengguna buat masa sekarang ini adalah Google Chrome yang memegang peratusan sekitar 40.1% dan diikuti oleh Mozilla Firefox dengan 30.6%. Penggunaan Chrome juga memperlihatkan peningkatan sepanjang bulan-bulan lepas, tetapi sebaliknya berlaku untuk Firefox dan Internet Explorer. Semestinya dengan pembangunan pelayar web yang semakin pantas dari hari ke hari, kita akan melihat perubahan drastik perkara ini pada tahun hadapan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd