Google Memperkenalkan Antaramuka Baru YouTube Kepada Semua

Google Memperkenalkan Antaramuka Baru YouTube Kepada Semua

Diterbitkan pada Dis 2, 2011 oleh .

Sebelum ini, kami pernah tulis akan beberapa cara untuk mendapatkan rekabentuk baru YouTube. Namun kini mungkin ia tidak diperlukan lagi, memandangkan pihak Google sendiri telah pun memperkenalkan rekabentuk terbaru untuk YouTube kepada semua pengguna, sekaligus membawakan perubahan drastik pada laman perkongsian video terbesar dunia itu.

Melaluinya, ia membawakan integrasi yang lebih mendalam dengan fungsi-fungsi sosial, selain mana memudahkan para pengguna menguruskan saluran yang mereka gemari terus pada laman utama. Anda juga boleh mengetahui aktiviti rakan anda di YouTube dengan mudah dan pantas.

Jadi, apa kata anda mengenai rekabentuk baru YouTube ini?


TIPS & ULASAN