E-Sentral – Alternatif Baru Untuk Mendapatkan Buku Digital Di Malaysia

E-Sentral – Alternatif Baru Untuk Mendapatkan Buku Digital Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 2, 2011 oleh .

Akhir-akhir ini, dengan kemunculan perkhidmatan baru seperti Google Books, dan peranti seperti Kindle dan lain-lain, buku digital telah pun menjadi semakin popular. Tetapi, ia masih sukar untuk mendapatkannya di Malaysia. Namun, untuk para pengguna tempatan, anda boleh mendapatkan buku digital dengan mudah melalui E-Sentral.

Buat masa ini, boleh diperkatakan E-Sentral masih pada peringkat awal lagi, dan menurut mereka, mereka mensasarkan pasaran Asia Tenggara secara amnya. Melalui perkhidmatan mereka, E-Sentral membawakan para pengeluar dan pencetak untuk menjadikan hasil keluaran mereka kepada bentuk digital melalui platform mereka. Selain daripada itu, E-Sentral juga didatangkan dengan sistem edaran mereka tersendiri.

E-Sental baru sahaja hanya mempunyai aplikasi iOS mereka sahaja, dan mungkin kita akan dapat melihat aplikasi Android dan juga yang lain dalam masa terdekat ini. Walaupun para pengguna boleh membeli buku denga mudah melalui desktop, mereka masih memerlukan peranti iOS untuk membacanya buat masa ini.

Melalui laman E-Sental juga, ia kelihatan yang mana mereka turut sama telah mempunyai beberapa buku untuk dijual serta-merta hasil kerjasama beberapa pihak, termasuk pencetak terkemuka, PTS dan juga Pelangi. Selain daripada buku, E-Sentral juga turut sama menyediakan jualan muzik melalui portal mereka.


TIPS & ULASAN