UMobile Menawarkan Galaxy Tab 7 Plus Pada Harga Bermula RM999

UMobile Menawarkan Galaxy Tab 7 Plus Pada Harga Bermula RM999

Diterbitkan pada Dis 2, 2011 oleh .

Samsung Galaxy Tab 7+ seperti semua sedia maklum, merupakan kemaskini kepada tablet Samsung yang pertama, iaitu Galaxy Tab, dan kini ia telah pun mula dijual di pasaran Malaysia, dimana harga jualan tempatannya adalah RM1699 seperti mana kami laporkan sebelum ini. Namun, bagi yang ingin mendapatkannya pada harga murah, boleh mendapatkannya melalui pelan dan pakej khas daripada UMobile.

Melalui UMobile, mereka menawarkan Galaxy Tab 7+ pada harga bermula RM999 dengan pilihan pakej U28, 58 atau U88 dengan komitmen bulanan selama 24 bulan.

Selain penambahan Galaxy Tab 7 Plus pada rangkaian peranti yang ditawarkan mereka, UMobile turut sama menawarkan Galaxy W pada harga bermula RM349. Samsung Galaxy W boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM999 tanpa sebarang kontrak dan pakej.


TIPS & ULASAN