Cari @ Amanz

Sebelum ini, Research In Motion telah pun mengumumkan pelancaran BlackBerry Bold 9790 dan juga Curve 9380 untuk pasaran Malaysia, dan menariknya bagi mereka yang bercadang untuk mendapatkan kedua-dua peranti ini, anda boleh mendapatkannya pada harga diskaun sebanyak 50% di PC Fair yang diadakan di KLCC pada penghujung minggu ini, bermula hari ini sehingga Ahad kelak.

Melalui tawaran yang diperlihatkan oleh Brightstar, ia membolehkan pengguna yang berminat mendapatkannya untuk membeli, dan mendapatkan peranti BlackBerry kedua pada harga diskaun sebanyak 50%.

Jadi, melalui sekiranya anda membeli Bold 9790 pada harga RM1488, anda boleh membeli Bold 9790 kedua pada harga RM744. Perkara sama juga untuk Curve 9360, dimana yang pertama pada harga RM1166 dan kedua pada harga RM583. Untuk Curve 9380 pula, para pengguna boleh mendapatkan yang pertama pada harga RM1166 dan yang kedua pada harga RM583.

Mereka yang berminat juga boleh membeli gabungan dua peranti, seperti Bold 9790 dan juga Curve 9380, dan diskaun 50% akan diberikan untuk peranti yang lebih murah harganya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd