Yahoo! Koprol Kini Turut Didatangkan Dengan Versi Bahasa Malaysia

Yahoo! Koprol Kini Turut Didatangkan Dengan Versi Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Dis 2, 2011 oleh .

Koprol merupakan salah satu perkhidmatan geolokasi daripada Indonesia yang mana telah dibeli oleh Yahoo! sebelum ini. Kini, ia telah pun menerima beberapa kemaskini baru dari segi antaramuka laman dan sebagainya, dan salah satu perkara baru yang dilihat padanya adalah sokongan Bahasa Malaysia pada laman tersebut, selain daripada bahasa Indonesia, dan beberapa bahasa yang lain.

Koprol.com yang baru juga dijangka mungkin akan mula memfokuskan pemasaran di Asia Tenggara dengan lebih meluas, serta pada negara-negara dengan komuniti besar yang lain.

Buat masa ini, pengguna Koprol paling besar adalah daripada Indonesia, dan Yahoo! juga giat mempromosikan perkhidmatan tersebut disana. Dengan kemaskini baru yang diperkenalkan, ia juga memfokuskan lebih kepada pengguna desktop, selain daripada pengguna peranti mudah-alih dan lain-lain.

Jadi, adakah Koprol akan mula mendapat perhatian pengguna tempatan selepas ini?


TIPS & ULASAN