Cari @ Amanz

Sebelum ini, pada bulan September yang lepas, Facebook telah pun mengemaskini ruangan kemaskini status pada laman sosial mereka, membolehkan para pengguna mengemaskini status menggunakan sehingga 5000 aksara. Kini, Facebook terus menambah ruangan aksara yang disokong, dimana melalui kemaskini terkini, mereka menyokong sehingga 60,000 aksara.

Ia masih lagi tidak diketahui apakah motif Facebook melakukannya. Mungkin ia akan beroperasi sebagai ganti kepada Facebook Notes. Secara rambangnya, melalui 60,000 aksara, para pengguna boleh menulis sehingga 10,000 perkataan, dan menurut Facebook sendiri, sebuah novel mempunyai lebih kurang 500,000 aksara, yang mana boleh dilakukan melalui lebih 9 kemaskini status pada Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd