Acara Permainan Digital Dan Analog – MaGaCon 2011 Bakal Diadakan Pada 17 Disember

Acara Permainan Digital Dan Analog – MaGaCon 2011 Bakal Diadakan Pada 17 Disember

Diterbitkan pada Dis 2, 2011 oleh .

Dunia permainan di Malaysia disasar akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang, dimana sebelum ini, ia disasarkan dunia pemainan video di rantau Asia Tenggara akan menjadi salah satu industri penting menjelang tahun 2015. Dan untuk memulakan perkara tersebut, kini persidangan permainan pertama MaGaCon diadakan di Malaysia, pada 17 hingga 18 Disember kelak.

Melalui acara tersebut, pelbagai aktiviti menarik disusun, dimana bukan hanya memfokuskan kepada permainan video, komputer dan konsol sahaja, tetapi turut sama membawakan permainan kad, dan lain-lain pada acara tersebut. MaGaCon sendiri menjenamakan acara mereka sebagai acara tahunan pertama yang mengabungkan permainan analog dan digital, dan dijalankan oleh pemain untuk pemain.

Untuk tahun yang pertama ini, ia bakal diadakan di KDU College selama dua hari, dimana mereka yang berminat boleh menyertainya bersama-sama dengan pemain yang lain. Bagi mereka yang mendaftarkan diri sebelum esok, boleh mendapatkan tiket masuk pada harga RM20 untuk dua hari, ataupun sekiranya anda terlepas, maka anda akan dikenakan RM25 untuk acara selama dua hari tersebut.


TIPS & ULASAN