Cari @ Amanz

Hari ini, pihak DiGi turut sama telah memulakan pendaftaran minat untuk iPhone 4S dimana memperlihatkan mereka akan menawarkan tiga variasi model, iaitu 16GB, 32GB, dan 64GB dalam pilihan warna hitam atau putih. DiGi menjadi yang kedua memulakan pendaftaran minat selepas Maxis, dengan Celcom mengumumkan mereka akan menjadi yang terawal melancarkan iPhone 4S di Malaysia.

Kini, dengan permulaan pendaftaran minat daripada DiGi, ketiga-tiga gergasi telekomunikasi ini akan memulakan jualan iPhone 4S di Malaysia bermula daripada 16 Disember kelak. Harga jualan rasmi di Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini, dan berkemungkinan pakej yang ditawarkan oleh ketiga-tiga syarikat telekomunikasi ini mungkin tidak jauh berbeza.

Kami akan cuba membawakan kemaskini semasa daripada pelancaran iPhone 4S pada hari tersebut kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd