Cari @ Amanz

Sebelum ini, pada minggu ini, Google telah pun memperkenalkan rekabentuk Google Bar yang serba baru, dan ia dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua. Namun begitu, bagi mereka yang ingin menjadi terawal untuk menggunakannya, anda boleh menggunakannya hari ini dengan mengubah dan menambah sedikit kod pada pelayar web anda.

Antaramuka Dengan Google Bar Baru

Berikut merupakan beberapa paparan antaramuka dengan perubahan pada bahagian Google Bar yang baru dna digunakan pada pelbagai perkhidmatan Google.

Bagaimana Mendapatkannya?

Untuk mendapatkan Google Bar baru hari ini, para pengguna perlu membuat perubahan sedikit pada bahagian cookies dengan menambah sedikit kod padanya.

Untuk membuat perkara ini, buka Chrome anda, dan kemudian pasangkan ia dengan sebuah extension khas yang membolehkan anda mengubah cookies, iaitu Edit This Cookie.

Kemudian, setelah terpasang, buka laman utama Google, kemudian klik pada butang Edit This Cookie disebelah ruangan pautan web. Pilih PREF, dan masukkan kod berikut:

ID=03fd476a699d6487:U=88e8716486ff1e5d:FF=0:LD=en:CR=2:TM=1322688084:LM=1322688085:S=McEsyvcXKMiVfGds

Simpan perubahan yang dilakukan, dan kemudian buka kembali laman utama Google. Anda akan dapat melihat Google Bar baru padanya.

Tips asal daripada Maximilian pada Google+

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd