Selain daripada UMobile, ia kelihatan Celcom juga turut sama menawarkan Samsung Galaxy Tab 7 Plus melalui pakej mereka. Namun buat tiga hari ini, ia kelihatan mereka memfokuskan pada hadirin di PC Fair terlebih dahulu.
Melalui pakej yang ditawarkan, Celcom memperlihatkan Galaxy Tab 7.0 Plus pada harga bermula daripada RM1188. Namun begitu agak berbeza pada apa yang diperlihatkan melalui jadual tawaran pelan mereka, ia memperlihatkan Celcom Exec 50 dengan Mobile Internet Advance hanya pada harga bermula RM1228.
Walaubagaimanapun, melalui halaman utama Celcom, ia mengatakan para pengguna yang membeli melalui PC Fair yang diadakan pada minggu ini, akan memperolehinya pada harga diskaun sebanyak RM300. Ia tidak diketahui samada adakah ianya adalah harga pakej yang diperlihatkan ini, ataupun pengguna yang membeli disana akan mendapat diskaun tambahan ataupun tidak.