Google+ Kini Memudahkan Anda Mengikuti Kemaskini Popular Dan Terkini

Google+ Kini Memudahkan Anda Mengikuti Kemaskini Popular Dan Terkini

Diterbitkan pada Dis 2, 2011 oleh .

Google terus menambah pelbagai perkara baru pada rangkaian sosial mereka, dimana melalui kemaskini yang diperkenalkan pada hari ini, ia membolehkan para pengguna melihat Stream pada Google+ berdasarkan pilihan mereka, iaitu antara kemaskini popular dari rakan-rakan, ataupun kemaskini terkini daripada rakan-rakan.

Melaluinya, ia membolehkan anda mengetahui sesuatu perkara popular atau kemaskini utama dikalangan rakan-rakan anda dengan mudah memandangkan ia akan mendapat bilangan komen dan juga +1 yang tinggi. Selain itu, bagi mereka yang ingin hanya mengikuti kemaskini biasa sahaja, mereka boleh mengikutinya terus melalui tab terkini.

Pada masa yang sama, bahagian What’s Hot On Google+ pada bahagian bawah Stream masih lagi dikekalkan membolehkan anda mengikuti kemaskini pengguna global dengan mudah.


TIPS & ULASAN