Windows 8 Beta Sedia Dimuat-Turun Pada Awal Tahun 2012

Windows 8 Beta Sedia Dimuat-Turun Pada Awal Tahun 2012

Diterbitkan pada Dis 2, 2011 oleh .

Selepas memperkenalkan Windows 8 Dev-Preview sebelum ini, dengan beberapa fungsi terbatas, tentunya ramai yang menantikan pelancaran Windows 8 Beta. Kini beberapa laporan mengatakan yang mana Microsoft mungkin akan melancarkannya pada penghujung Januari atau Februari 2012 kelak, membolehkan para pengguna menguji versi pembangunan sistem operasi generasi baru daripada Microsoft ini.

Windows 8 Dev-Preview

Melalui apa yang kedengaran, ia diperkatakan Microsoft akan memperlihatkan Windows 8 Beta kepada umum pada acara tahunan CES 2012 kelak, dan seterusnya selepas beberapa minggu selepas itu, ia akan dilepaskan kepada umum untuk diuji dan mendapat maklumbalas para pengguna umum.

CES 2012 dijangka akan diadakan pada 9 Januari kelak di Las Vegas. Mungkin dengan tarikh tersebut semakin hampir, kita akan dapat melihat lebih maklumat berkaitan dengan Windows 8 Beta. Versi akhir Windows 8 dijangka akan dilancarkan kepada umum pada pertengahan tahun kedua 2012 kelak.

Baca ulasan Windows 8 Dev-Preview yang pernah ditulis di Amanz sebelum ini.


TIPS & ULASAN