Selain daripada perubahan pada bahagian Stream, Google juga turut mengemaskini fungsi Hangout pada laman sosial mereka, dimana kini mereka membawakan salah satu fungsi yang amat menarik sekali, iaitu kebolehan untuk membuat panggilan telefon terus melaluinya, dan membolehkan rakan anda menyertai Hangout melalui telefon mereka. Walaubagaimanapun, buat masa ini, nombor telefon yang disokong hanyalah dari Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.
Ia masih lagi tidak diketahui samaada adakah fungsi ini akan diperluaskan kepada semua pengguna telefon seluruh dunia, dan membolehkan kita membuat panggilan secara percuma ke sesiapa sahaja yang kita inginkan.
Buat masa ini, sekiranya anda mempunyai rakan di Amerika Syarikat ataupun Kanada, anda boleh cuba menggunakan fungsi ini, dengan memulakan Hangout With Extras dan kemudiannya menjemput rakan menggunakan nombor telefon.