Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang dibincangkan pada WebCamp minggu ini di Kuala Lumpur adalah berkenaan dengan CMS, dan kebetulan pada minggu ini, laporan mengenai CMS sumber terbuka turut sama kini telah dikeluarkan, memperlihatkan penerimaan CMS dari pelbagai segi, selain kebangkitan beberapa CMS baru pada tahun ini.

WordPress, Joomla! dan juga Drupal masih lagi kekal sebagai CMS yang popular dengan angka pengguna yang amat ramai. WordPress mendahului semua yang lain dari segi penjenamaan dan juga angka penggunaan yang meningkat dari hari ke hari.

Selain daripada itu, Concrete5 memperlihatkan peningkatan yang baik sepanjang tahun ini, selain dari segi CMS jenis .NET, DotNetNuke terus kukuh selain Umbraco.

Bagi mereka yang ingin mendapat dan mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dunia CMS sumber terbuka sepanjang tahun 2011, anda boleh memuat-turun laporan penuh dalam bentuk PDF secara percuma dari laman Water and Stone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd