WutMedia Memperlihatkan Demo Enjin Penerbitan Kandungan Digital – WutPress

WutMedia Memperlihatkan Demo Enjin Penerbitan Kandungan Digital – WutPress

Diterbitkan pada Dis 3, 2011 oleh .

Sebelum ini, ketika pelancaran WutMedia bersama-sama dengan produk mereka Wut2Feed, salah satu pertanyaan yang timbul pada kepala kami, bilakah produk mereka yang dinamakan WutPress bakal dilancarkan. Sehingga kini ia masih lagi tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan, namun menariknya mereka telah pun memperlihatkan sebuah video ringkas mendemonstrasikan versi pembangunan aplikasi tersebut.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia ditunjukan yang mana WutPress juga bakal menyokong komik melalui aplikasi mereka, memudahkan pembangun dan pengeluar komik mendigitalkan kandungan mereka terus melalui dengan penggunaan WutPress.

Buat masa ini, kami sendiri tidak mengetahui apakah itu WutPress. Tapi dari segi nama dan apa yang diperlihatkan, ia mungkin adalah salah satu enjin penerbitan kandungan, memudahkan semua membangunkan kandungan digital dan mengoptimasikannya untuk iPad dan peranti iOS dengan mudah.

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak WutMedia, mungkin dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN