Cari @ Amanz

Salah satu laman komuniti dan direktori carian terkemuka negara adalah Cari.com.my. Dan hari ini, mereka terus memperluaskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka, dimana mereka telah pun turut sama menyertai industri kupon dan tawaran harian dengan melancarkan perkhidmatan terbaru mereka dinamakan sebagai Cari Deals.

Buat masa ini, Cari Deals hanya memfokuskan kepada Lembah Klang sahaja, menawarkan diskaun kepada semua pembelian berkumpulan yang dilakukan melalui laman tersebut. Dan bersempena dengan pelancaran mereka, untuk setiap Like yang didapatkan untuk halaman Facebook Cari Deals, mereka memberikan derma sebanyak 5 sen.

Industri tawaran harian di Malaysia boleh dikatakan masih mempunyai pelbagai ruang untuk diperluaskan lagi. Sehingga pada bulan Oktober yang lepas, ia dilihat laman tawaran harian yang menerima kunjungan paling banyak adalah DealMates, dan diikuti oleh Groupon Malaysia. Namun, dari segi jualan dan pendapatan, ia masih tidak diketahui siapakah yang memegang taktha di Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd