Selepas gagal untuk mendapatkan FourSquare, kini ia dilaporkan yang mana Facebook telah pun mengambil-alih Gowalla yang mana menyediakan perkhidmatan perkongsian lokasi. Harga pembelian Gowalla walaubagaimanapun tidak diumumkan, dan dilaporkan pasukan pembangun Gowalla akan dimasukkan bersama dalam pembagunan fungsi Facebook Timeline.
Ia masih lagi tidak diketahui sama ada adakah perkhidmatan Gowalla masih akan diteruskan ataupun akan dimatikan, memandangkan sebelum ini syarikat yang dibeli oleh Facebook, perkhidmatannya dimatikan begitu sahaja.
Buat masa ini, Gowalla mahupun Facebook masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan perkara ini.