Cari @ Amanz

Semua sedia maklum yang mana sebelum ini, sistem operasi yang paling popular di Malaysia adalah Symbian. Namun, kini dengan penyertaan pelbagai peranti Android baru pada harga yang amat murah, seperti Galaxy Y, ia membolehkan ramai pengguna membeli peranti berasaskan Android, dan kini ia semakin menghampiri angka penggunaan, dan mungkin akan menjadi sistem operasi mudah-alih paling popular pada tahun 2012 kelak.

Jikalau dilihat dari segi penggunaan pelayar web mudah-alih, Android buat pertama kalinya telah pun melangkaui peranti yang lain, dan kini menjadi platform mudah-alih paling popular yang digunakan pengguna tempatan dalam melayari web melalui platform mudah-alih. Selain Android, iOS dan juga Opera turut sama memperlihatkan peningkatan mereka tersendiri.

Tahun 2012 kelak semestinya akan menjadi lebih menarik lagi, apabila Windows Phone akan mula dijual dengan serius di Malaysia, dengan penyertaan peranti Nokia Lumia dan juga sokongan penuh Windows Phone Marketplace kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd