Semestinya ramai yang ingat akan lagi perkhidmatan Fleapy yang masih dalam peringkat beta, membolehkan para pengguna yang ingin membeli tiket penerbangan mendapatkan harga tiket yang paling murah. Kini, perkhidmatan tersebut turut sama ditawarkan dalam bahasa Malaysia, sekaligus memperluaskan lagi penyampaian laman tersebut di Malaysia.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, sokongan bahasa Malaysia masih tidak menyeluruh, dan beberapa bahagian masih lagi menggunakan bahasa Inggeris. Namun begitu, ia mungkin salah satu permulaan yang bagus dalam meneruskan impak perkhidmatan tersebut pada pengguna tempatan.
Pada masa yang sama, Fleapy juga turut sama menyediakan aplikasi mereka di Chrome Web Store, membolehkan para pengguna yang berminat menambah aplikasi mereka pada pelayar web Chrome milik masing-masing, dan membolehkan mengakses laman web Fleapy dengan lebih pantas lagi.