Selain daripada UMobile dan Celcom, kini DiGi turut sama menawarkan tablet terkini daripada Samsung, iaity Galaxy Tab 7.0 Plus, dimana melalui pakej dan pelan daripada DiGi, para pengguna boleh mendapatkan Galaxy Tab 7 Plus yang berharga RM1699 ini pada harga serendah RM1049 dengan komitmen bulanan bersama DiGi.
DiGi menawarkan peranti tersebut bersama-sama dua pilihan pelan iaitu DG Smart Plan 48 atau DG Smart Plan 68. Kedua-duanya memfokuskan pada pelan data, dan pada masa yang sama turut menyokong panggilan dan SMS dengan bayaran tambahan.
Melalui Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus, ia membawakan Android 3.2 Honeycomb, skrin sentuh seluas 7-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz dan juga kamera belakang 3.0 megapixel dengan LED Flash. Dan menariknya mengenai tablet ini adalah dimana ia didatangkan dengan sokongan panggilan suara, berbeza dengan tablet-tablet lain di pasaran.