Android Gingerbread Kini Menjana Lebih Separuh Peranti Android Seluruh Dunia

Android Gingerbread Kini Menjana Lebih Separuh Peranti Android Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Dis 3, 2011 oleh .

Nampaknya, dari hari ke hari, lebih ramai mula beralih kepada kemaskini Android Gingerbread. Sebelum ini, pada bulan November yang lepas, kita dapat melihat penggunaan Android Gingerbread hanya pada kadar 44% sahaja, dan kini dalam tempoh sebulan, angka tersebut telah meningkat, dan kini melangkaui lebih daripada 50%, sekaligus menjadi versi paling popular.

Froyo masih kekal sebagai versi kedua popular dengan lebih 35% pegangan, manakal Android Honeycomb yang digunakan pada tablet turut sama memperlihatkan peningkatan dengan 2.4% pengguna seluruh dunia menggunakannya.

Graf ini kelak mungkin akan mula berubah pada bulan hadapan dengan penyertaan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya. Melalui data yang disediakan oleh Google ini, ia membolehkan para pembangun memfokuskan aplikasi mereka dengan mengoptimasikan ia pada platform yang lebih popular dan digunakan ramai berbanding yang lain.


TIPS & ULASAN