Cari @ Amanz

Aplikasi permesejan semakin meningkat popular dari hari ke hari. Selain daripada aplikasi permesejan popular seperti Whats App dan lain-lain, kini Yahoo! turut sama memasuki arena tersebut dengan memperkenalkan Yahoo! Hub, yang mana merupakan aplikasi komunikasi dan permesejan percuma daripada Yahoo!. Buat masa ini, Yahoo! Hub ini hanya diperkenalkan untuk pengguna Android sahaja dan mungkin akan diperkenalkan pada pengguna platform lain tidak lama lagi.

Melalui Hub, ia menyokong pelbagai perkara asas seperti permesejan berkumpulan, sokongan menghantar mesej percuma kepada pengguna Hub yang lain, dan juga sokongan notifikasi sama seperti SMS pada peranti Android.

Walaubagaimanapun, salah satu fungsi yang menarik padanya adalah sokongan penghantaran mesej percuma dalam bentuk SMS kepada pengguna dalam atau luar negara. Memandangkan Hub menyokong Malaysia, ia membolehkan para pengguna menghantar SMS percuma kepada pengguna talian mudah-alih lain di Malaysia secara percuma. Negara-negara lain yang disokong termasuklah Indonesia, Thailand, Filipina, India, Kanada, Kuwait, Pakistan, Amerika dan juga Vietnam.

Bagi mereka yang berminat menggunakan aplikasi Hub yang masih dalam peringkat beta ini, anda boleh memuat-turun aplikasi Yahoo! Hub ini terus daripada Android Market dan mula menggunakannya hari ini.

Kemaskini Ia masih lagi belum menyokong muat-turun daripada pengguna tempatan, dan memerlukan aplikasi ketiga seperti Market Enabler untuk memuat-turunnya, dan masih belum diaktifkan untuk penggunaan pengguna Malaysia secara rasminya.

Terima kasih MKN

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd