Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang sedang difokuskan oleh Mozilla melalui versi pembangunan terbaru mereka adalah kemaskini automatik seumpama pada Chrome. Namun nampaknya, Microsoft telah bergerak lebih pantas dalam membangunkan fungsi tersebut dengan mengintegrasikan sokongan kemaskini automatik pada Internet Explorer 10, membolehkan segala kemaskini diterima oleh para penggunanya dengan mudah.


Sokongan kemaskini automatik pada Internet Explorer 10 (via)

Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya dilihat pada versi pembangunan Windows 8 terkini, yang mana tidak dikeluarkan dan diperkenalkan kepada umum buat masa ini.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah Internet Explorer 10 akan dilepaskan kepada umum, dan berkemungkinan ianya akan dilancarkan pada tahun ini juga. Ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan masih lagi belum memasuki peringkat beta – sama seperti Windows 8.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd