Cari @ Amanz

Sebelum ini, Twitter telah pun memperkenalkan sokongan untuk menghantar Tweet terus ke halaman profil Facebook dengan mudah, tanpa sebarang aplikasi pihak ketiga. Kini kelihatan, Twitter terus menambah sokongan pada laman sosial mereka, dengan turut sama membawakan menghantar kemaskini terus ke halaman Facebook anda.

Selain daripada itu, TechCrunch juga turut sama melaporkan yang mana Twitter turut sama mendapat sokongan akaun Google, membolehkan anda turut sama mengintegrasikan akaun Google pada laman Twitter, sama seperti akaun Facebook.

Facebook juga sebelum ini telah memperkenalkan sokongan untuk menghantar kemaskini dari profil terus ke Twitter, dan kini dengan kedua-dua gergasi memperkenalkan fungsi sebegitu, mungkinkah kelak Google turut sama akan memperkenalkan sokongan yang sama pada Google+?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd