Cari @ Amanz

Salah satu rangkaian sosial tempatan yang aktif adalah Octove, dan kini ia diketahui laman sosial yang hanya berumur beberapa bulan sahaja ini telah pun melangkaui angka pengguna seramai 70,000 orang, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu laman sosial tempatan yang masih kekal aktif berbeza dengan lain yang berkubur selepas beberapa bulan dilancarkan.

Octove sebelum ini telah dilancarkan secara rasminya pada bulan April yang lepas, atau lebih tepat lagi pada 24 April, dimana membawakan konsep berbeza sedikit dengan laman sosial biasa. Melalui Octove, mereka turut sama mengintegrasikan sokongan ganjaran, membolehkan pengguna yang aktif menggunakan perkhidmatan mereka, selain mengajak yang lain memenangi pelbagai hadiah menarik melalui laman tersebut.

Pendaftaran yang mudah pada laman sosial tersebut juga, iaitu pendaftaran dengan menggunakan akaun Facebook, LinkedIN, Windows Live, Google, Twitter dan sebagainya, turut sama memudahkan para pengguna menyertai laman tersebut. Pembangun Octove juga turut sama mengatakan mereka telah merancang pelbagai perkara menarik lagi pada tahun 2012 ini dalam terus membawakan Octove ke peringkat seterusnya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh layari dan daftarkan akaun Octove anda hari ini, dan sertai rakan-rakan lain di Octove. Laman Octove juga turut disediakan dalam pilihan Bahasa Malaysia selain daripada Bahasa Inggeris.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd