Bonuslink merupakan salah satu penyedia kad ganjaran terkemuka di Malaysia, dengan jenama-jenama besar seperti Shell dan Parkson menggunakannya. Kini dalam usaha untuk mempromosikan perkhidmatan dan jenama yang menggunakan perkhidmatan mereka itu dengan lebih meluas, mereka memperkenalkan permainan berasaskan web dinamakan sebagai Bonuslink City.
Walaubagaimanapun, untuk bermain permainan tersebut, para pengguna terpaksa mempunyai kad Bonuslink terlebih dahulu, memandangkan ia digunakan sebagai cara untuk mendaftar masuk untuk bermain.
Melalui permainan tersebut, para pemain akan mengawal sebuah kereta dalam membawanya membeli pelbagai perkara, dan anda perlu mengawal ke mana ia dituju mengikut permintaan watak. Memandangkan semua kedai dalam permainan ini adalah kedai dan jenama yang menyokong Bonuslink, mungkin ia merupakan salah satu cara Bonuslink memasarkan mereka, disamping mempromosikan jenama Bonuslink dengan lebih meluas lagi.
Terima kasih Omar.