Acer Malaysia Menawarkan Diskaun Sebanyak RM1000 Untuk Aspire S3 Core i7

Acer Malaysia Menawarkan Diskaun Sebanyak RM1000 Untuk Aspire S3 Core i7

Diterbitkan pada Dis 5, 2011 oleh .

Setelah melancarkan Acer Aspire S3 dengan cip pemprosesan Intel Core i5 sebelum ini, kini Acer Malaysia turut sama bakal melancarkan ultrabook versi Intel Core i7 mereka pada hari Sabtu hadapan (17 Disember 2011). Dan menariknya, bersempena dengan pelancaran tersebut, mereka akan menawarkan diskaun sebanyak RM1000 untuk ultrabook yang berharga RM3999.

Promosi ini hanya untuk sehari itu sahaja, membolehkan para pengguna yang berminat mendapatkan ultarbook dengan Intel Core i7, Windows 7 Home Premium 64-bit, 4GB DDR3 RAM, jangka tahan bateri sehingga 7 jam dan lain-lain lagi pada harga hanya RM2999.

Acer Malaysia mensasarkan untuk menjual lebih 80 unit pada hari tersebut pada harga diskaun. Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman berkenaan diskaun untuk Intel Core i5 mereka yang dilancarkan beberapa bulan lepas.


TIPS & ULASAN