JomSocial Untuk Platform WordPress Pernah Cuba Dibangunkan

JomSocial Untuk Platform WordPress Pernah Cuba Dibangunkan

Diterbitkan pada Dis 5, 2011 oleh .

Salah satu produk tempatan yang popular adalah JomSocial, yang mana merupakan aplikasi tambahan untuk Joomla, membolehkan anda menukar pemasangan Joomla anda menjadi rangkaian sosial atau sebuah komuniti dengan mudah. Namun, dengan populariti WordPress yang semakin meningkat dari hari ke hari, pembangunnya mengatakan, yang mana mereka pernah turut sama membangunkan aplikasi tersebut untuk platform WordPress.

Bercakap pada WebCamp Kuala Lumpur, pembangunnya mengatakan yang mana mereka pernah membangunkan aplikasi JomSocial untuk platform WordPress, tetapi seperti dihentikan disebabkan beberapa kekangan pada platform tersebut. Ia masih tidak diketahui samada adakah projek tersebut masih diteruskan ataupun telah pun dihentikan sepenuhnya.

Kami sendiri pernah mendengar mengenai perkara ini beberapa bulan yang lepas, dimana pihak JomSocial telah mulakan pencarian pembangun WordPress untuk menyertai pasukan mereka.

Buat masa ini, untuk WordPress, terdapat beberapa aplikasi yang membolehkannya diubah menjadi rangkaian sosial dan komuniti, dan salah satunya adalah BuddyPress yang mana dibangunkan oleh pembangun WordPress sendiri – Automattic.


TIPS & ULASAN