Cari @ Amanz

Sehingga kini, untuk mengakses aplikasi yang sedang berjalan pada iPhone, iPod ataupun iPad, ia sesuatu yang agak melecehkan, dimana perlu menekan butang Home padanya lebih dari sekali, sebelum ia membuka dan memperlihatkan aplikasi yang sedang berjalan. Untuk mengatasi perkara yang mengambil banyak langkah ini, salah seorang pembangun datang dengan salah satu konsep menarik untuk mengaksesnya.

Melalui video yang diperlihatkan, ia menunjukkan bagaimana para pengguna boleh mengakses aplikasi yang sedang berjalan, dengan meluncurkan jari dari bahagian bawah ke atas. Fungsi seumpamanya terdapat dan lebih kurang sama dengan apa yang ada pada Nokia N9 yang menggunakan MeeGo.

Selain daripada itu, ia juga akan mengatasi masalah butang Home yang cepat mengalami kerosakkan dan hilang respon dari semasa ke semasa. Namun, ia hanya sekadar konsep sahaja, dan ia tidak mustahil Apple mengimplimentasikan perkara ini pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd