Mudah.my sudah pun sedia menjadi laman nombor satu di Malaysia dengan menerima lebih 5 juta lawatan unik setiap bulan, dan kini mereka terus memperkembangkan kategori pada laman mereka, dan memfokuskan dengan lebih mendalam pada satu per satu, dan ia kini dimulakan dengan Mudah.my Property yang mana memfokuskan kepada jual-beli hartanah melalui halaman tersebut.
Walaubagaimanapun, ia masih diintegrasikan pada laman utama mereka, dimana semua carian dan senarai yang diperlihatkan adalah masih sama dan berkait antara satu sama lain. Namun begitu, melalui halaman khas yang memfokuskan pada hartanah itu, mungkin kelak ia akan memudahkan pihak mereka membuat pengiklanan dan memudahkan mereka yang hanya ingin melihat hartanah untuk tuju ke suatu halaman sahaja.
Hartanah, seperti semua sedia maklum, merupakan salah satu industri yang mempunyai pengguna mereka tersendiri, dan ia tidak mustahil halaman tersebut turut menjadi antara halaman yang dilawati ramai pengguna dalam masa akan datang.
Dan mungkinkah kelak kita akan turut sama melihat Mudah.my memperkenalkan halaman khas untuk peranti mudah-alih dan bersaing secara langsung bersama pihak MudahAlih.my?