Gowalla Bakal Ditamatkan Pada Penghujung Januari – Mengesahkan Menyertai Facebook

Gowalla Bakal Ditamatkan Pada Penghujung Januari – Mengesahkan Menyertai Facebook

Diterbitkan pada Dis 6, 2011 oleh .

Setelah dilaporkan sebelum ini yang mana Facebook mengambil-alih Gowalla, akhirnya pada hari ini, perkara ini disahkan oleh mereka, dimana Gowalla telah pun mengemaskini blog mereka dengan mengesahkan perkara ini, dengan mengatakan perbincangan mengenai perkara ini telah pun dimulakan beberapa minggu selepas f8 yang diadakan oleh pihak Facebook baru-baru ini.

Dengan pengambil-alihan ini, Gowalla mengesahkan perkhidmatan mereka akan ditamatkan pada penghujung Januari kelak, dimana mereka akan menyediakan sebuah aplikasi ringkas untuk para pengguna memuat-turun data-data, gambar dan pelbagai perkara yang dikongsikan mereka di Gowalla dengan mudah.

Ia masih lagi tidak diketahui apakah yang mereka akan lakukan di Facebook. Namun sebelum ini, ia dilaporkan akan kena mengena dengan fungsi Timeline yang masih belum diperkenalkan oleh mereka lagi, selain kami mensasarkan mungkin mereka turut sama akan melakukan sesuatu yang menarik pada Facebook Places.


TIPS & ULASAN