Cari @ Amanz

Samsung merupakan salah satu pengeluar skrin dan teknologi paparan terkemuka dunia. Sebelum ini, beberapa minggu yang lepas, mereka telah memperlihatkan konsep skrin yang fleksibel, dan kini, syarikat pengeluar daripada Korea itu telah pun mengeluarkan video promosi, memperlihatkan teknologi paparan seterusnya yang bakal dibawa oleh mereka pada tahun hadapan.

Walaupun ia masih boleh dikatakan pada peringkat konsep buat masa sekarang ini, melalui video yang dipertontonkan, Samsung menunjukkan yang mana kelak melalui skrin mereka, lebih banyak perkara akan disokong, termasuk sokongan 3D terus padanya. Dan pada penghujung video tersebut mereka mengatakan yang mana Samsung Mobile Display akan membangunkannya, sekaligus memberikan petanda yang mana mereka akan membangunkan dan memperkenalkan teknologi tersebut tidak lama lagi.

Dan mungkinkah pada masa hadapan kita hanya akan dapat melihat orang memegang peranti lutsinar?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd