Kotak Carian Google Kini Membolehkan Anda Memplotkan Graf

Kotak Carian Google Kini Membolehkan Anda Memplotkan Graf

Diterbitkan pada Dis 6, 2011 oleh .

Kotak carian Google sememangnya telah membuat pelbagai perkara menarik, dengan sokongan pengiraan asas dan sebagainya. Namun, bagi pengguna yang gemarkan matematik, ia semestinya tidak mencukupi, dan kini Google membolehkan anda memplot akan graf terus melalui kotak carian, dan melihat graf hasil daripadanya serta merta pada halaman keputusan carian.


Lihat graf ini secara langsung di Carian Google

Bagi mereka yang meminati Matematik, anda boleh terus menaip akan fungsi Matematik anda, dan seterusnya anda akan dapat melihat graf interaktif pada bahagian atas halaman keputusan carian. Melalui graf tersebut, anda boleh membesarkannya, mahupun membuat beberapa perkara tambahan dengan mudah, selain menggunakan pelbagai jenis fungsi Matematik padanya.

Jadi, apakah lagi yang bakal diintegrasikan oleh Google pada kotak carian mereka selepas ini?


TIPS & ULASAN