Boleh dikatakan agak lama kami tidak memasuki halaman web Nokia Malaysia, dan hari ini ketika memasukinya, ia memperlihatkan perubahan drastik, dimana menggunakan rekabentuk baru, dengan pelbagai perubahan menjadikan ia lebih mudah untuk para pengguna mengetahui sesuatu perkara berkaitan sesuatu peranti milik Nokia, samada telefon pintar, telefon biasa, mahupun perkara lain daripada Nokia.
Kami masih tidak ketahui bilakah perubahan ini diperkenalkan oleh pihak Nokia. Selain daripada perubahan antaramuka, ia juga memperlihatkan perubahan dari segi bagaimana nama domain dikendalikan, dimana kini semua kandungan dibawa terus daripada Nokia.com.
Dan salah satu perubahan menarik padanya membolehkan para pengguna mengetahui pelbagai peranti baru yang akan dibawakan oleh pihak Nokia ke pasaran tempatan, dan melalui halaman Nokia Malaysia, ia memperlihatkan Nokia Lumia 810, Lumia 700 dan juga Nokia Asha 200 akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.