Sebelum ini, untuk menguji Chromium OS, iaitu pelayar web berasaskan awan daripada Google, ia adalah sesuatu yang agak sukar disebabkan sokongan perkakasan yang amat terhad. Namun perkara tersebut kini diatasi, dimana pembangun Hexxeh kini telah pun memperkenalkan variasi daripadanya dikenali sebagai Chromium Lime.
Melalui Chromium Lime, ia membawakan sistem operasi berasaskan awan dan pelayar web tersebut bersama-sama dengan beberapa sokongan tambahan untuk perkakasan, membolehkan anda menggunakanya dengan mudah pada komputer riba anda.
Chromium Lime membawakan penambahan perkakasan dari segi sokongan pelbagai jenis perkakasan WiFi padanya, selain turut menyokong nVidia GPU siri 6 dan terkini. Java juga kini disokong penuh pada Lime, dan pembangunnya menjanji akan menyokong lebih banyak aplikasi tambahan padanya dalam masa terdekat.
Bagi mereka yang ingin menguji dan menggunakan Chromium Lime, anda boleh memuat-turun versi pembangunannya, dan mula menggunakannya hari ini secara percuma.