Lebih Maklumat Berkaitan “FourSquare Islam” Mula Kelihatan

Lebih Maklumat Berkaitan “FourSquare Islam” Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Dis 6, 2011 oleh .

Sebelum ini, kami menjadi yang pertama melaporkan mengenai sebuah projek baru daripada pembangun tempatan, yang mana membawakan fungsi-fungsi geolokasi diintegrasikan bersama, serta sistem lencana seumpama FourSquare. Namun pembangunnya mengatakan yang mana aplikasi mereka itu kelak akan lebih daripada sekadar daftar masuk lokasi, dan menawarkan pelbagai perkara tambahan padanya.

Sehingga kini, pembangun tersebut masih lagi merahsiakan nama projek tersebut untuk pihak kami. Namun, setelah didesak, mereka hanya sekadar berkongsi akan satu paparan antaramuka pada halaman web mereka kelak bersama-sama dengan kami.

Melalui apa yang kelihatan daripada paparan antaramuka yang dikongsikan mereka, ia menunjukkan melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh mengetahui sesuatu perkara mengenai sesuatu masjid dengan mendalam, daripada alamat, peta lokasi, sehinggalah kemudahan yang disediakan berdekatan dengan masjid tersebut seperti tempat parkir, adakah solat Jumaat diadakan,dan sebagainya.

Apabila bertanya akan bilakah aplikasi mereka ini akan dilancarkan, pembangunnya sekadar mengatakan akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN