Facebook Messenger Bakal Membawakan Sokongan Panggilan Video Pada iOS?

Facebook Messenger Bakal Membawakan Sokongan Panggilan Video Pada iOS?

Diterbitkan pada Dis 6, 2011 oleh .

Fungsi sembang video semakin meningkat popular, dimana selain Facebook mengintegrasikannya dengan kerjasama bersama pihak Skype, Google+ turut menawarkannya melalui sokongan Hangout. Namun pada platform iOS, Google+ masih tidak menyokong Hangout, dan para pengguna yang meminati Facebook, mungkin akan meminati sokongan Facebook Messenger dengan kebolehan sokongan video yang akan diperkenalkan padanya tidak lama lagi.


Panggilan Video Pada iOS Melalui Facebook Messenger [Kredit]

Buat masa ini, bilakah ia bakal dilancarkan kepada pengguna masih tidak diketahui lagi. Namun, semestinya ia bakal memberikan kesan yang besar kepada FaceTime milik Apple sendiri.

FaceTime milik Apple hanya membolehkan panggilan dibuat diantara pengguna Apple sahaja, manakala Facebook Messenger ini membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan Facebook anda dengan mudah melalui panggilan video.

Jadi, adakah kita akan melihat sokongan panggilan video pada Google+ diperkenalkan dulu, ataupun adakah Facebook akan melancarkan sokongan tersebut terlebih dahulu? Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN