Pada 7hb Disember ini, Nokia Asia Pacific akan mengadakan majlis pelancaran telefon pintar Nokia yang menggunakan sistem operasi Windows Phone iaitu Lumia 800 dan Lumia 710. Acara pelancaran itu akan diadakan di Kota Singa. Nokia Asia Pacific telah menjemput pihak media untuk membuat liputan.
Untuk pembaca-pembaca Amanz.my sekalian, saya, Asri al-Baker akan menulis laporan khas majlis tersebut dalam Bahasa Melayu khusus untuk anda.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh diajukan kepada saya @asrialbaker di Twitter dengan menggunakan hashtag #wp7sg.
Untuk majlis ini, Nokia Asia Pacific juga mengadakan acara khusus untuk pembangun-pembangun perisian bagi menerokai peluang dan kemudahan yang disediakan oleh Nokia dan Microsoft dalam membangunkan perkhidmatan dan perisian untuk platform Windows Phone.
Ucaptama untuk acara istimewa ini bakal disampaikan oleh Niklas Savander, selaku Timbalan Presiden Eksekutif, Pasaran Nokia.