Syarikat Tempatan Memperkenalkan Telefon Dengan Ciri-Ciri Islamik

Syarikat Tempatan Memperkenalkan Telefon Dengan Ciri-Ciri Islamik

Diterbitkan pada Dis 7, 2011 oleh .

Dengan dunia peranti mudah-alih yang semakin meningkat popular dari hari ke hari, kini salah satu syarikat tempatan, iaitu Enmac telah pun mengeluarkan peranti mudah-alih mereka tersendiri, dinamakan sebagai MQ710 yang mana membawakan ciri-ciri Islamik bersama-sama dengan telefon mudah-alih termasuk al-Quran terbina bersama dengannya.

Melalui peranti tersebut, ia didatangkan dengan bacaan al-Quran oleh 7 qari berbeza, selain turut menyertakan terjemaahan dalam bahasa Melayu. Pada masa yang sama, ia turut menyertakan kalendar Hijrah, serta sokongan untuk menukar tetapan kepada mod senyap apabila melakukan solat di masjid. Ia juga turut didatangkan dengan sokongan untuk melihat waktu solat dan juga melihat kiblat melaluinya.

Dari segi spesifikasi pula, ia membawakan sokongan masa bertahan sehingga 5 hari, dan didatangkan dengan sokongan dwi-SIM, radio FM, sokongan GPRS dan WAP, dan skrin sentuh TFT LCD seluas 2.4-inci. Peranti ini dijual pada harga RM399 di Malaysia.


TIPS & ULASAN