Lebih 10 Billion Aplikasi Telah Dimuat-Turun Melalui Android Market

Lebih 10 Billion Aplikasi Telah Dimuat-Turun Melalui Android Market

Diterbitkan pada Dis 7, 2011 oleh .

Google hari ini telah pun mengumumkan yang mana bilangan aplikasi yang dimuat-turun oleh para pengguna Android seluruh dunia telah pun melangkaui angka 10 billion aplikasi. Sebelum ini, pada bulan Julai yang lepas angka muat-turun telah pun melangkaui angka 6 billion, dan kini ia memperlihatkan peningkatan 1 billion pada setiap bulan.

Dengan peningkatan drastik dari segi angka muat-turun aplikasi ini, semestinya kita akan dapat melihat tahun 2012 yang membawakan lebih banyak perkara menarik pada platform tersebut.

Bersempena dengan pencapaian ini, pihak Google juga telah bekerjasama bersama-sama dengan beberapa pembangun aplikasi dengan menyediakan beberapa aplikasi berbayar pada harga diskaun, istimewa untuk pengguna Android.


TIPS & ULASAN