Fungsi Facebook Timeline Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Secara Berperingkat

Fungsi Facebook Timeline Mula Diperkenalkan Kepada Pengguna Secara Berperingkat

Diterbitkan pada Dis 7, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang dinantikan pada Facebook adalah Facebook Timeline, dan akhirnya, pada hari ini, pihak Facebook telah pun mengesahkan yang mana mereka bakal mula memperkenalkan fungsi terbaru daripada mereka itu secara berperingkat, bermula daripada pengguna dari New Zealand terlebih dahulu, dan seterusnya kepada pengguna seluruh dunia selepas itu.

Mungkin ia mengambil suatu masa sebelum semua pengguna di sana mendapat fungsi tersebut, sebelum ia mula diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Melalui Facebook Timeline, ia membolehkan anda merakamkan dan mencatatkan segala perkara dan kejadian penting yang berlaku dalam hidup seseorang itu dengan mudah, dan berkongsi perkara tersebut bersama rakan-rakan yang lain melalui halaman profil masing-masing.

Jadi, adakah Facebook Timeline merupakan salah satu perkara yang dinantikan anda, ataupun anda lebih gemarkan cara profil diperlihatkan pada masa sekarang ini?


TIPS & ULASAN